This is my personal blog yg memuatkan kisah2 tentang saya dan sekeliling saya.If you like what i'm writing, keep reading and do come again.Thanx:)
RSS

B.R.E.A.K.D.O.W.N

Entry ni agak emo dan mengikut perasaan. Maaf ats segala keboringan dlm membaca entry ni. Ini cuma sesi meluahkan perasaan dan meredakan tekanan. Cehh ayatt.. sesiapa yg baik hati sila2 bg motivasi utk membaiki breakdown ini.

Sila abaikan tajuk entry ini. Tiada apa2 benda yg rosak atau pecah atau jatuh. Cuma emosi tuan punya blog ini yg dilanda angin monsoon barat daya. Oh oh sila hentikan bahasa merapu ni.Ok sbnrnya masa sekarang ni aku rasa sgt down.Rasa sgt teruk. Perasaan hancur lebur.Terasa seolah2 mahu pergi jauh dari semua makhluk sekeliling. Dan secara automatik menjadi sgt emosional.Oh oh.Saya bukan putus cinta ye. Bukan. Bukan.Andaian anda tidak tepat walaupun sdg mendgr lagu kerana cinta yg menusuk hati ni..Saya cuma tertekan.Tertekan dgn mcm2 hal.Tertekan dgn masa dpn.Tertekan dgn keje yg blm muncul. Dgn mcm2 hal lg la. Spnjg bulan ni sgt bnyk tekanan yg dtg.Patut catat dlm diari kot.Tapi saya tak de diari cuma ada blog..

telah kutemui banyak cinta
di hati ini datang dan pergi
selimuti kisahku yg biru
yg dalam di hati

biar kurentangkan cintaku
menariku di atas senduku
sendirinya aku tak berkasih
yg dalam di hati

karna cinta aku jadi sepi
karna cinta aku jadi riang
karna cinta aku jadi pilu
karna cinta kini ku sendiri
karna cinta pelangiku hilang
karna cinta matahari pergi
namun ku yakin dalam hatiku
cintaku tak boleh membunuhku

Oh. Cuba berjiwang-jiwangan disini. Ini bukan puisi,sajak mahupun gurindam. Ini adlh lirik lagu yg saya sdg dengar skang ni. Tak de kena mengena dgn tajuk langsung. Tapi lps dgr lagu ni terasa makin down dan bertambah emo.. apakah?? Tapi masalah saya lgsg takde kena mengena dgn cinta. Silalah percaya. Tak de kaitan. Moral of story,jgn dgr lagu sedih, jiwang karat ketika anda sdg down atau terasa sedih. Ianya hanya memburukkan keadaan.sigh~~

Meningkatkan Keyakinan Diri


Hi semua..apa khabar?moga sihat2la hendaknya..hari ni aku nak cite tntg keyakinan diri.maklumla smnggu dua ni aku bz prepare inteviu yg bertubi2.so aku bnykla baca tntg mcm mana nak tingkatkan keyakinan diri bila berhadapan dgn org.tak dinafikan la aku sndri pun cuak, gelabah dan tak konfiden lgsg bila dgr psl inteviu ni.pdhal yg inteviu tu org jgk kan. Sebenarnya perasaan tu mmg patut ada supaya kita lbh berhati2 dan focus ketika menjawab soalan cuma kena kawal la perasaan tu.Aku tak nak ckp panjang,korang baca la tips2 kat bwh ni. Moga mendapat manfaat~~

1.Imbas kembali pencapaian lalu
-senang je step ni kan. Korang cuba tenangkan fikiran. Releks. Dan cuba ingt balik kejayaan yg korang pernah capai. Seumur hidup tak kan tak ada lgsung kan. Mesti ada punya. Kalau dulu boleh, kenapa sekarang tak boleh kan..

2.Berhenti berfikir negatif tentang diri sendiri
-ni mmg perangai aku la.aku pun selalu rasa diri aku ni mmg bnyk kelemahan je nak dibandingkan dgn org lain.mcm mana nak yakin kan,kalau asyik kutuk diri sendiri je.so kena start fikirkan yg positif tntg diri sndri.

3.Eye contact
-selalu la dgr ayat ni kan. bila kita bercakap dgn org, tak kira la siapa pandangla ke dlm mata org tu. jgn tgk bawah, kiri, kanan. nampak sgt tak konfiden kan. tapi jgn la korang tenung plak biji mata org tu. agak2la

4.Berkomunikasi dgn jelas
-bila kita berhadapan dgn org, cakapla dgn jelas dan dgn nada yg normal. Tak perlu cakap dgn kuat tapi cukuplah jelas dan didengari. Elakkan cakap syok sendiri. konfem2 pihak lg satu tu boring. dan kalau dia dah boring, faham2 je la maksudnya kan.

5.Buat keputusan sendiri
-jangan tanya org lain tentang apa yg perlu korang lakukan. cuba fikir sendiri apa yg terbaik dan apa yg diperlukan. ini secara tak langsung dpt meningkatkan keyakinan diri. kenapa perlu tanya org lain tentang hidup kita.. tapi kalau sekadar tanya pendapat ok la. tapi keputusan still kena buat sendiri.

6.Jaga Penampilan
-sentiasa berpakaian kemas dan jaga penampilan diri. macam mana nak yakin kalau pakaian pun tak terurus kan. kuku panjang, rambut serabai. jadi, adalah penting utk jaga penampilan diri.

7.Nikmati kehidupan
-jgn fikirkan sesuatu perkara terlalu serius dan jgn risau apa yg org lain fikir tntg kita. tiada siapa yg sempurnadi dunia ini.sebaliknya nikmati kehidupan dan lakukan apa yg kita mahukan.

Itula serba sedikit tips yg aku baca. aku terjemahkan dlm bahasa aku sendiri utk mudah difahami.banyak lg tapi aku share yg ni dulu la. moga mendapat manfaat dan lebih yakin lps ni~~

sumber:ehow.com

Oh Interview!!!

Assalamualaikum.hai2 bye2.sekian lama menyepi kini muncul kembali.hoyeh2..maafla sbb dh lama tak jenguk2 blog kengkawan dan dah lama tak menghapdate blog. Sejak dua menjak ni teramatla sibuk. Sampai tak de masa nk bermanja2 dgn blog..free pun dh lewat2 mlm.alkisahnya sibuk bkn apa. Ada la skit hal family dan ditambah pula beberapa minggu yg lalu aku dpt panggilan telefon dr seorg jejaka. Ehem2. Org pggl interview la.. weee

Bkn interview keje tapi lbh krg berkaitan dgn keje gak la. Cis ayat keeling btl. Nk explain pun tak tau cmne. Lbh kurang cmni la program dia. Mula2 inteview utk terpilih pegi kursus. Kursus tu ada kena mngena la dgn bidang aku. Pastu step kedua interview lg utk tajaan training sebulan plak. Dh lps training tu baru confirm keje. Starting keje tu 3k..wink2.tak la bnyk mana pun kalau dok kl ni kan tp freshie mcm aku ni kira ok la.

Skang aku baru lps step 1. Alhamdulillah aku terpilih la utk ditaja pegi kursus tu. 5 hari tak silap aku kursus tu. Mggu dpn baru stat. Kalau blaja sndri mau beribu. Tobat aku tak pegi. Sbb dh ditaja pegi je la kan.. step 2 tak tau lg cmne. Harap2 lepas la. Susah tul la nak keje. Kalau aku tau aku ddk je kat u lama2 dulu..

Masa gi interview tu mcm2 jadi. Ni la intvw plg ngeri. Nsb la dapat. Kalau tak, rasa nak guling2 kat ofis org tu..ngaaa. mula2 dh la aku tersilap train. Tersalah arah. Adoila. Cmne la blh silap. Dasar gelabah btl. Spatutnya 4 stesyen je aku dh sampai. Tp tersilap punya psl stengah jam lbh kot baru aku sampai. Lps tu dr stesyen lrt tu kena cari plak tmpt interview tu. Punya la jauh aku jln. Sesat larat plak. Tanya org semua tak tau. Punya jauh aku jalan sampai darah beku kt tapak kaki aku. Ngeri btl. Ni dh 2 hari pun tak hilang lg.. kaki aku jgn ckp la. Rasa mcm nk putus. Badan smua sakit2. Malam tu aku punya la tak blh tido walaupun badan letih yg teramat. Gara2 sakit punya pasal.

Dalam banyak2 intview aku gi, ni la plg adventure dan yg ni la plg ngeri. Nasib la aku terpilih. Interview kedua nnt tak tau la cmne plak. Adoila. Bkn senang nak jd senang.

Aku sibuk pun sbb bnyk study psl program tu. Bnyk prepare utk interview kedua nnt. Demi masa depan terpaksa aku kurangkan masa berbloging. Cewah2 ayatt..

Itulah kisahnya pd yg tertanya2 nape aku senyap sunyi je skang.. ade ke org tanya..bajet femes plak.haha. tapi pape pun aku agak sibuk la skang. Mgkn dlm smnggu dua lg mcm ni. Maaf la sesangat kalau aku tak bls komen ke tak jalan2 blog korg blk ke, tak jawab tag ke award ke. Jgn memarah ok. Aku bkn sombang cuma kurang masa terluang je..peace~~



p/s: ada beberapa award aku tak jwb lg..nnt free aku update ok

Aktiviti Kurang Berfaedah Tapi Menyeronokkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sari berita penting. Eh silap. Ni bkn berita tapi nak cerita.Semalam aku jalan2 wat blogwalking.Sambil2 tinggal komen tu aku terjumpa sesuatu yg wat aku tertarik .Ini bkn gosip panas ye. Aku yg sememangnye tak de pekejaan try la explore benda tu. Maka hasilnya buat aku sasau jap. Haha. Apa benda tu?? Ce tgk kt bwh ni...




Cik nana jd makcik ke opah ni~~

Ada ke patut..20 taun akn dtg konon2 jd cmni la..skang 24.maknanya bila 44 nntla.. Mula2 tgk aku rasa nak guling2 gelak. Tgk lama2 jd seram lak. Haha. Muka cam kedut2 pastu kembang skit. Mata plak cam momok..Pasni aku nak pakai SK II la.Mencegah lebih baik dr menerima kenyataan.Hoho..

Tu yg pertama.yg kedua, aku jumpa benda alah ni plak.



versi bb boy



versi bb gurl

Sape la yg mencipta bnda ni kan. Lg skali aku tergelak. Ni baby jadian namanya. Kombinasi muka aku ngan ehem2..haha.pelik je muka bdk2 ni. Yg pempuan cm ganas. Yg laki cam auw2 je. Muahaha

Las skali utk memenuhi koleksi kemerepekan dan kesasauan ni. Sila rujuk gmbr di bwh




comey x bb i??

Wewitt…Hasil gabungan muka aku dan zack efron, jdla bb kat ats tu. Plg comey kan antara smua tu. Haha. Perasan skit kat sini. Tu je nak share. Ni maknanya aku mmg betul2 bnyk masa lapang. Hoho. Sesape yg nak try, sila2. Utk suka2 aja~~

Tentang Saye Bukan Kamu~~

Hari ni nak jawab tag. Tag ni dah lama dapat. Minggu lepas ke 2 minggu lepas. Tag ni dari dina.Mula2nak ckp mekasih la tag 20 tentang saye ni. Keduanya maaf la lambat menjawab. Fikiran kacau bilau, kusut masai,takde mud walaupun Mahmud jiran sblh umah ada je~~ Ni dah tenang skit, aku jawab la dgn jujur ikhlas, hati suci murni.. sudi2kan lah baca

1.Nama rasanya dh jelas terpampang kat blog ni. Nana. Bkn nini mahupun nunu.. tu nama pggilan je la. Nama sebenar baca blk kat 1st entry..

2.Dilahirkan, dibesarkan dan disekolahkan kat taiping, silver state

3.Aku dh abis study moody

4.Status terkini full time jobseeker. Pemegang gelaran penganggur berjaya selama 2 bulan

5.Anak bongsu perempuan tunggal tapi please la jgn kata aku manja2. Please3..saya bkn manja mahupun mengada2.sy independen~~

6.Ada abg kembar tapi muka sama cam aku..erkk.kira kalo dorg pakai tudung muka sebijik cam aku..ngaaa

7.simple, tak suka benda remeh temeh, tak banyak cakap tapi dh cakap tak leh benti, blh kata peramah, jumpa 5 minit dh mcm kenal 5 taun~~

8.Bila tension aku suka duduk dlm blk sorang2, dgr lagu kuat2 sampai sehabis volume guna headfon sampai rasa mcm nak pecah gegendang telinga tu. Pastu bila dah ok, aku test telinga aku pekak ke tak.. haha. Hilang tension wat camtu. Tak caye cba buat tapi kalo pekak sila jgn salahkan aku ye.

9.tak suka bunyi bising. Telinga aku alegik. Nnt kuar nanah darah bagai.sila jgn pecaye

10.Seorang yg giler2 tapi tak layak masuk hospital bahagia~~

11.Suka benda2 yg thrill.baru mencabar beb

12.Suka pakai kasut tinggi walaupun aku dh sedia tinggi.

13.Sgt sukakan pantai, laut, sungai. Konon2 tenang kat situ

14.Layan novel2 jiwang sbb tu kdg2 emo. Haha

15.Tak suka org belagak, bajet bagus dan seumpama dgnnya

16.Tak suka dikritik. Agak kurang dlm menerima kenyataan. Haha

17.Suka minum teh o laici, tembikai laici, sirap laici, laicikang semangkuk 2 kupang. Skang 2 hinggit kot~~

18.Slalu mengalami konflek konflik dalaman

19.Suke layan cite korea. Pastu nangis sorg2..dah pape

20.Aku kuat nangis. Dulu la.dulu dulu tau. Skang skit2 je. Haha. Aku bkn superman. Aku jgk bisa nanges dong~~

sebab dia mntak 20,aku jawab 20 je la..tu la serba skit tntg aku.jwpn ikhlas tu.skang tag org lain la plak..sape2 je la ek

1.ila
2.liesa
3.azmi
4.apek

Selamat menjawab dgn jujur ikhlas ye kwn2..

p/s:kalau dh dapat sblm ni abaikan ye.kalo nak jwb jgk pun tak pe.silakan~~

Benci.Benci.Benci!!

Benci.benci.benci..tu je nak cakap masa skang ni. Bkn benci bilang cinta yg tgh main kat tv tu dan juga bkn benci pada kamu2 yg cantik, yg manis, yg comel, yg kacak, yg tampan, yg baik hati, yg slalu klik tabung simpanan dan yg segalanya singgah kat blog ni ye tapi benci dkt dia. Dia. Dia. Dia yg mungkir janji, dia yg tak setia, dia yg penipu. Dia yg ….erkk. emo sudah. Aku benci la. Tak suka. Geram dan yg seumpama dgnnya. Kenapa suka menipu. Haish. Hati bukan utk dipermainkan ok..setuju kan kan..

ni bkn muka aku ye~~

Tapi tak baik kan benci2..tapi org yg buat aku benci lg tak baik kan kan..aaaa

Rintihan Sang Cinta


Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak: ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya.

Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.

CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

"KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong saya!" teriak CINTA.

Lalu apa jawab KEKAYAAN, "Aduh! Maaf, CINTA!" kata KEKAYAAN.

"Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. saya tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini." Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam.

CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya.

"KEGEMBIRAAN! Tolong saya!", teriak CINTA.

Namun apa yang terjadi, KEGEMBIRAAN terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama lewatlah KECANTIKAN.

"KECANTIKAN! Bawalah saya bersamamu!", teriak CINTA.

Lalu apa jawab KECANTIKAN, "Wah, CINTA, kamu basah dan kotor. saya tak bisa membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN.

CINTA sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis terisak-isak. Apa kesalahanku, mengapa semua orang melupakan saya. Saat itu lewatlah KESEDIHAN. Lalu CINTA memelas,

"Oh, KESEDIHAN, bawalah saya bersamamu", kata CINTA.

Lalu apa kata KESEDIHAN, "Maaf, CINTA. saya sedang sedih dan saya ingin sendirian saja...", kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya.

CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatlkan. Lalu ia berdoa kepada Tuhannya, oh tuhan tolonglah saya, apa jadinya dunia tanpa saya, tanpa CINTA? Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!"

CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua reyot berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu Cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi lagi

Pada saat itu barulah CINTA sedar, bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu.

"Oh, orang tua tadi? Dia adalah "WAKTU", kata orang itu.

Lalu CINTA bertanya "Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? saya tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku", tanya CINTA heran.

"Sebab", kata orang itu, "hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu......"

Manusia memang beginikah??

Hai..salam semua..dah lama tak update cite personal kan. Asik2 entry yg di peroleh dr sumber luar untuk di kongsi bersama. Sharing is caring. Ayat aku skema ok. Pedulikan je..

saat aku sepi, sunyi, tak de keje, melepak kat umah je mula la nak terkenang2 zaman yg telah berlalu. Tiba2, dgn tak semena2 dan dgn tak disangka2 aku tiba2 rindu zaman study dulu. Aku rindukan UUM ok. Sgt rindu. Huh.. dulu masa study aku sgt malas utk bergelar student walaupun niat hati mmg nak blaja sungguh2, nak dpt ijazah yg smua org sibuk nak. Konon2nya kalo ada ijazah, keje gempak, gaji meletop. Dulu blh la. Sekarang org cerdik pandai ramai. Kena bersaing2, baru la leh dpt keje gempak2..Aku sendiri pun menganggur lg ni walaupun result gempak. Haha. Saje interprame

ok, back to story, dulu aku sgt tak suka stdy kat uum ni. uum plz jgn saman . Ini luahan hati ok. Heee.. Entahla nape tak suka. Sbb ceruk utan sgt kot. Dkt ngan siam. Jauh dr pekan. Tak de shopping complex yg besau2. Oleh itu, aku tak leh shoping moping dan dgn itu duit aku selamat. Tu yg bagusnya. Lg satu aku tak suka sbb tak dpt terima kenyataan kot. Aku beria2 sgt nak masuk uitm shah alam. masa tu kalo bdk degree akaun confirm2 dpt kat sana. Bajet nak dkt bandar je.. amik kau skali tecampak kat utan. Maka dgn hati yg tak berapa nak seronok, blaja la aku kat situ. Niat nak blaja kan tak kisah la kat mana. Maka aku pun relakan la 4 tahun blaja sampai pandai. Eh sampai grad.

4 tahun tu aku asyik la merungut. “Bila la nak abis blaja ni. Blaja2. Dr umo 5 taun sampai umo 22 taun belajaaaaaaarrrrrr je”.. tu la aku slalu membebel. Tapi. Tapi. Bila aku dh abis blaja. Bila aku dh pakai jubah, bila dah naik pentas amik degree yg aku usahakan 4 taun tu, bila aku dh lompat2 kegembiraan kat dpn dewan sambil baling2 topi dgn gang2 aku,bila semuanya dh abis, bila aku dah say goodbye uum, kenapa, kenapa, kenapa sgt rindu zaman blaja. Ohhh. Dan sgt rindukan uum..sob3..sebak di dada

sangat rindu time ni..andai masa dpt diputar.cewah~~

terharu ke penat~~

Oh manusia mmg beginikah ke aku je yg berperangai pelik. Tiba2 rasa nak blaja blk la. Tapi tak nak wat master. Nak wat degree gak. Kos yg sama. U yg sama.kolej yg sama. Lecturer yg sama.Blh ke?? Err.Gila ke apa. Tiba2 rasa nak blk u jumpa kawan2, jumpa musuh2(rasa mcm takde pun), jumpa pakwe2,jumpa makcik kafe, jumpa pakcik2 bas yg slalu bwk gi kuliah, jumpa guard yg suka tahan student kat pintu masuk, jumpa brader yg suka saman aku sbb masuk ofis tak pakai formal dan plg penting nk jumpa lecturer akaun a.k.a kekasih gelap aku yg hensem tu. Haha

Oh kenapa aku selalu berperangai pelik. Nanti tak de org pinang kan. Erkk. Lari tajuk.. ade sesape tau kenapa perangai aku pelik?? atau manusia memang beginikah? Sesiapa blh tlg jawab???

Daaa