This is my personal blog yg memuatkan kisah2 tentang saya dan sekeliling saya.If you like what i'm writing, keep reading and do come again.Thanx:)
RSS

Ini Namanya Kehidupan!!!


Hello..assalamualaikum wbt..moga sihat2 la hendaknya..tiada apa yg menarik untuk dikongsi, cuma masa lapang yg ada ni terasa tangan ingin menaip dan hati ingin berkata-kata..so hari ni nak cakap tentang hidup..atau lebih tepat kehidupan.bahasa omputehnya life..sepanjang korang hidup ni apa yg korang rasa?org kata hidup ibarat roda..kejap diatas kejap dibawah..mungkin kot..ada org cakap plak hidup ni pinjaman je..sementara.itu mmg betul la kan.so apa yg kita buat dlm dunia yg sementara ni?

masa kecik2 dulu,cikgu tanya “bila besar nanti nak jadi apa”.. “jadi doktor cikgu”.. tapi bila besar tak jadi pun.. dari kecik kita dah diasuh untuk mengatur kehidupan kita. Untuk bercita-cita bukan bercinta ye. Tapi berapa sgt la yg menggapai cita2 tu kan. Masa tu budak2 lg, cikgu tanya jawab je la. Tak fikir apa2 pun. Aku dulu pun ingat lg dulu masa kecik2 aku jawab “ bila besar nnt saya nak jd pramugari”. Kecik2 tak sedar diri. Haha.. bila ingat balik senyum sendiri je. Bila naik sekolah menengah pun tak habis lg pasal cita2.. kali ni tukar plak tak jadi pramugari dah.. nk jadi lawyer plak.. loyar buruk ada la..tapi bila dh masuk u, langsung tak berminat nk jadi lawyer. Nak baca pun malas, ada hati nak jadi lawyer. Lagi2 dh ambik kos kira2 kan. Selamat jalan romeo loyar la.ok lupakan cerita pasal cita2 itu.mari teruskan bercinta.eh silap. Teruskan tentang cerita..

Hidup ni kdg2 hepy..rasa nak melompat2 time hepy tu. Senyum sampai ke telinga. Ada masa tu sedih. Rasa nk berguling2 sbb kesedihan melampau. Nanges2 sampai bengkak mata. Melampau tul. Bila marah pulak, marah cmne ek. Ahh abaikan je. Kesimpulannya manusia ni mmg kaya dgn perasaan dan kaya dgn perasan. Hoho.. ok la mari kita ringkaskan ceritanya. Sekarang saya hepy dan gembira. Syukur diatas perasaan ini. Cewah2.. betul la kan. Akhirnya berakhir juga penantian selama empat bulan ni.. maka tamatlah kontrak saya sebagai pembantu rumah jadian di rumah abg sendiri. Hoyeh2.. bulan depan sy dh mula bekerja. Setelah sekian lama terperap di rumah akhirnya bebas juga. Ceh ayatt.. padahal diri sendiri yg gatal2 berhenti dulu. Jadi lepas ni jangan la gatal2 lagi nak berhenti. Seksa makk tak kerja. Putus gaji 4 bulan..

Alhamdulillah akhirnya saat yg dinanti dtg juga. Setelah ke hulu ke hilir, bertukar2 bangunan dan berbulan madu mencari kerja yg sesuai akhirnya dapat juga. Yang penting usaha. Jgn mudah putus asa. Ceh cakap senangla. Saya sndri pun hampir2 je putus asa. Nyaris2 tangan ni gatal2 nak isi borang online sambung master. Nasib tak submit lg. sebenarnya tak de la niat nak smbg stdy lg tapi sebab boring ddk rumah je saje la nak habiskan duit smbg belajar lg. erk. Suka2 je habiskan duit.

Jadi nak ceritanya, walau macam mana sekali pun hidup kita, hargailah dan teruskan kerna hujan bukan sepanjang hari,dalam guruh kilat sabung menyabung pasti muncul juga sang pelangi. Walau kemarau berpanjangan, satu hari hujan jgk. Dan kdg2 dalam panas terik mentari, tiba2 hujan turun dgn tiba2. Begitu juga la dgn kehidupan kita. Dalam seronok, ada juga la sedihnya. Seimbang kan. Baru perasan, puitis plak ayat aku ni. ahh janji korang faham kan apa yg aku nk sampaikan ni. kalau tak faham, cuba baca ayat kt bawah ni plak.
Life has to be strong. Never give up. When someone make you cry and you are afraid of the dark, don’t forget the light is always there.

Maknanya bila kita bersedih atau dalam kesusahan, jalan penyelesaian sentiasa ada dan kesimpulannya....



yess.life is beautiful.Ok la. Dah rasa mcm pakar motivasi pulak. Jadi jangan sedih2 ok. Hepy2 selalu.. sampai sini dulu coretan aku kali ni. rajin aku update lg.chaous.. daaa

p/s: baru perasan dlm entri ni kejap aku, kejap saya.. abaikan je ek.. aku mmg suka bahasa rojak. Rojak kn sedap:p

Raya Oh Raya!!!



Hi all..assalamualaikum wbt..alhamdulillah masih berkesempatan bernafas hingga ke detik ni. Sy kembali lg setelah lama menghilangkan diri. Kira2 seminggu lagi umat islam akan menyambut kedatangan aidilfitri.. Mood raya sudah menjelma.Hoyeh2.. lagu raya sudah menyanyi-nyanyi dgn riangnya. tak sabar rasanya mau balik kampong. Baru berkira2 mahu beraya sakan tahun ni memandangkan saya sudah tak lagi bergelar student. lepas raya sudah tidak ada exam seperti selalu dan tahun ni saya tak lagi bekerja. Tak perlu membodek bos supaya bg cuti lebih. Yeah sy bebas. Maklumla pengangur berjaya. Yess tahun ni tak yah bg duit raya kat anak2 buah. haha. dan bolehla cuti lama2 berjalan kesana kemari..

Tapi tapi niat murniku itu tidak kesampaian. Baru sebentar td sekali lg mendapat panggilan. Oh inteviu. Mengapakah pd hari raya ni yg nak dipanggil. Sebelum raya tak boleh ke. Jadi raya ke tiga dah kena balik.Huwaaa.First time ok sy kena meninggalkan kmpung halaman pd raya ke 3.. oh dugaan memang begitu sayangkan saya. Demi masa depan rela ku korbankan. Hak3..ayat skema..

Tidak mengapalah..walau pun sedikit sedih namun mood raya masih ada. Baju raya sudah siap dibeli. Ala kadar je sbb tahun ni tak keje. Berserderhana itu adlh lebih baik kan. Ecece.. posa pun tak penah cukup sebulan..kuih raya pun sudah siap sedia utk dibawa balik walaupun kuih tu kakak ipar yg oder..ngeee.. ntah bila la nak buat kuih raya sndri ni. Niat di hati sntiasa ada.. masa yg slalu tiada.. ahh alasan semata-mata.. yg penting niat kan. Ok2 tiada niat utk bercerita tentang persiapan raya..

Niat asal adalah utk menyatakan ketidakpuasan hati tak dapat bercuti panjang.. kalau tak dapat juga inteviu ni tak tau la labu.. frust mak!!! Takpe yg penting konpiden. Rugi la sy kesana kemari trening sana sini tapi masih tak konpiden. Yeah sy konpiden dan doakan sy berjaya.. kalo dpt nnt sy belanja..ehehe..

Ok lah tak mau berceloteh pnjang lg. mau turun bwh sediakan apa2 yg patut utk berbuka puasa ni.Oh sebelum terlupa, dikesempatan yg ada ni dgn tulus ikhlas saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin kpd semua muslimin dan muslimat.. Berhati2 dlm perjalanan balik ke kampong halaman.Eceh.Awal gila buat ucapan. Almaklumla sy agak jarang menghapdate blog kebelakangan ni.so kira ok la wish awal2..

Jam pun dh nk dkt pukul 7. Selamat berbuka puasa semua.. daaa