This is my personal blog yg memuatkan kisah2 tentang saya dan sekeliling saya.If you like what i'm writing, keep reading and do come again.Thanx:)
RSS

Senyum Sumbing:Mak Apan Hilang

Kesian Apan....

Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang gua kaver line klik fesbuk sikit-sikit, Apan mundar mandir belakang gua dengan muka kusut masai.

Dari tadi gua tengok Apan hilang punca di sekitar sektor operasi. Muka macam ada masalah.

"Lu kenapa ni Apan?" - Gua tanya demi meminta kepastian. Gua dengan Apan ni kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari gua dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga.Dia baru setahun kerja dengan kompeni gua. Sebelum masuk sini, Apan banyak hendel bisnes sendiri dan selalu rugi.

"Mak gua hilang la.." - Apan berbisik perlahan.

Gua punyala terperanjat!

"Mak lu hilang?, bila hilang?" - dada gua tiba tiba mengepam keluar masuk laju laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.

"Petang semalam..dah cari merata tak jumpa".

Apan berlalu meninggalkan gua menuju ke bahagian budak-budak human resource. Gua tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Gua nak tanya lebih lebih risau kena pukul pula.Apa yang gua tahu sikit2, mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja penolong kanan lagi dua tiga tahun nak pencen.

****

Kira kira lima belas minit kemudian, dari jauh gua nampak Apan berjalan semula masuk ke sektor operasi. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan the typewriter.

"Mak gua dah jumpa.." - kelegaan jelas terpampang di bibir Apan.

Gua cepat cepat bersyukur:

"Alhamdulillah...Jumpa kat mana?",

Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna warni rama-rama yang tiada belas kasihan pada gua, Apan membalas padu:


"Dalam sinki penteri."

Gua terus tendang kompiter sampai bersepah atas lantai.


MUG la Apan..MUG..!!, pronunciation macam jahanam!

Sia sia gua berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati membara

Sabar je la. Bikin org suspen la apan~~

Kambing Pun Pandai Senyum


Menawan tak senyuman kambing tu. Hehe. Kambing pun pandai senyum kan. Apalagi kita manusia yg dilahirkan cukup sifat ni kan. Aku bkn apa kdg2 kita sesame manusia pun susah nak berikan senyuman. Senyum kan sedekah. So, senyumlah sesame manusia. Mesti lg cute dr kambing ni..peace~~

p/s:tapi awas jgn senyum sorang2,nanti2 tak pasal2 digelar gila bayang..ngee

Tag~~

salam.. kali ni nk jwb tag. ni first punya tag ni dari moon. thanx ea..

1. Sebut name blog anda dengan kuat dan jelas
CORAT CORET CIK NANA. CIK NANA ye. bkn cik joyah ataupun cik kiah. ngee

2. Sila cari orang name Haikal Muzamel & Fredy Ilyas .
jap nak cari kat fesbuk..

3. Apakah soalan ketiga ?
soalan ketiga ialah soalan selepas yg kedua..ngeh3

4. Camner nk jawab soalan ni tanpa jawab soalan ni ?
jawab je apa2 pun..tak de org kisah. tak kisah kan kan

5. Tagkan award ini kepada 5 orang yang telah tagkan anda award ini sebelum ini .
kena tag ke.tak de sesape pun tag sblm ni.maaf saya tak faham soalan.bhs melayu fail.haha

sesiapa yg free silakan jwb soalan ni ye..daaa

Berjaya Pun

hye everybody.cewah.speaking london konon.. yg sebaiknya....

assalamualaikum semua..kakak2, adik2, abang2 sekalian (konon ramai je yg baca)

adess penat sungguh, rasa nak patah pinggang semua ada. mcm la buat keje berat sgt. pdhal dok mengadap lappy je gara2 nak tukar background blog ni. tak berfaedah langsung aktiviti aku. kalau ada sape2 yg perasan, background ni dh lain kan. gigih ni aku cari2, tukar2, edit lagi. yg lama tu cm kolot je. ngee. maklumla yg tu cilok yg asal. aku kan bru je berkecimpung dlm blog. dulu tu buta blog skit.. haha

yg baru ni dh tak de dh muka aku interframe kat header blog. buat menyemak je kan. muka kalau mcm ratu cantik tak pe gak kan. ni setakat muka seposen je tak yah la interprame. ngaa. aku suka mngutuk diri sendiri. so org lain tak yah kutuk ek. haha. sungguh kurang keyakinan diri btl.

aku pun dh sakit2 pinggang duduk je ni. so nak cau dulu la.. nk berblogwalking plak. promote blog. kena duduk ngadap bnda ni gak. bkn berjalan btl pun. ngeh3

daaa..

Saya Nak Baby Sorang Boleh????

"Sekadar hiasan dr cik google"

Saya nak baby sorang boleh?? Tapi saya tak kawen lagi dan tak de plan nak kawen pun dlm masa terdekat ni sbb tak de org yg nak kawen ngan saya.. ngaaa. apakah???

Statement apakah ini?? Apa kena ntah dgn aku ni. Kena sampuk ngan jin kawen ke apa. Aku bukan promote diri aku single ye tuan2 dan puan2 sekalian wlaupun realitinya aku mmg single.ngeh3. sila jgn salah faham dgn statement di atas. Aku acah2 je. Bosan dowh kalau ayat sirius je.

Alkisahnya aku skang kan dok ngan abg aku. Abg aku ni baru sebulan dua lps dpt baby baru. So hari2 la aku menatap baby yg gebu, comey, suci lg murni tu. Nama dia bkn murni. Ngee. So, ssuai la aku yg dilahirkan dr kecik tanpa adik, bongsu la maksudnya tu kan suka la gak kanak2 riang yg comey2 ni. Tapi aku suka bdk2 dr usia baby smpai 5 taun je. Haha. Blh plak memilih ranking umo. Sbb bila dh 5 taun ke atas ni dia punya nakal lain mcm skit. Tak larat dh nk melayan. Tapi tak de la tak suka smpai benci anti tu. Kurang prioriti la kata org. eheh. Org tak de adik ni biasa la jakun skit kan tgk bdk2 comey.Aku la.org lain tak tau plak.Rasa nak peluk cium, telan je.Ngeh3

Tapi aku rasa smua bdk comey kan. Aku yg tua ni pun comey. . Aku tau aku perasan je ok. Aku acah je. Aku tak comey. Tapi aku cun. Haha. Lg sekali ayat perasan dr aku. Sila muntah darah jika perlu. Aku tak marah pun.

"Ni bkn gambar hiasan. Ni gmbr real.hehe"

Berbalik cite baby td, aku suka bila dokong2 dia, cuit2 pipi dia, acah2 smpai dia senyum walaupun dia takde gigi, dondang2 sayang smpai dia lena. Tapi tu la sayang cmne pun anak org. bkn anak aku. Anakku bukan anakku. Eceh. Tu bkn tajuk drama indon ke. Aku taip je. Ntah betul ke tak. Kalo slh biar je la ek. Bila aku mendekati bdk2 ni, terasa la naluri keibuan nak anak sendiri. Usia aku pun bkn semakin muda kan. Ceh ayat skema. Aku ni setiap kali cuti sem dr masa study lg asyik jaga ank buah. membe2 kamceng aku pun semua dh sedia maklum psl tu. Dh jadi mcm keje part time plak jaga anak. Pdhal ank abg je. Tu yg terasa nak anak sndri. Penat aku jaga ank org, baik jaga ank sendirikan.ngeee

So kesimpulannya aku nak baby sorg blh?? Haha

Gedik tul aku. Di sebabkan boring dn tak tau nk update apa maka terciptalah entry ni. Ngeh3


p/s: gmbr baby baru tak de. Aku mls nak snap dan mls nk upload dlm lappy ni. Tu gmbr kakak dia. Muka sebijik sama.ehehe

Jom exchange link

salam semua..

update di tgh mlm. kwn2 tuan empunya blog, jom exchange link nak?? kalo nak, blh isi form kat atas tu.. kalo tak nak abaikan je.. sekian.. mekasih

Kepada Yang Berkenaan

Mode: masih mengenang yg telah pergi..sungguh aku mmg tak nak mengenang dan terkenang atau dikenang. Yg pergi tak kan kembali lg walaupun dia masih hidup lg kat dunia ni. Tapi aku cuma insan biasa.. (tu ayat nak cover kelemahan diri) arghh..maka tercipta la entry yg sdikit jiwang ni. Aku jumpa artikel ni pun tak ingt kat mana. Tgk2 dh ada kat dlm lappy ni. So saje nak share dan renung2kanlah..

Kepada yg masih SINGLE…

Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.

Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN.. .

Cinta bknnya mencari seseorang yg “SEMPURNA”, tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL..

Jgn katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tdk benar2 peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung “UNTUK MENERIMANYA” saat ia terjatuh.

Kepada yg PATAH HATI…

Sakit… patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA…

Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.

Kepada yg ingin MENGUASAI…

Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu.

Kepada yg takut MENGAKUI…

Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI…

Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.

Yang last tu tepat kena kat aku.. ngaaa. sila cepat lupakan..takde lelaki pun aku bahagia la. Haha.ayat saje bikin panas.

Rasa Yang Dirasa

Hye..salam readers. harap kalian smua sihat2 aja hendaknya. Entry aku kali ni nak cite psl perasaan. Bkn perasaan cintan cintun, jiwang karat atau sewaktu dgnnya. Tapi nak cite tentang perasaan yg entah pape ni. Korang penah tak rasa mcm semacam, tak sedap hati, resah gelisah dan yg ala2 mcm tu la. Sejak semalam entah nape aku rasa tak sedap hati, rasa gelisah dan rasa mcm takut je. Aku tak tengok pun cite sedih yg nak buat aku resah, tak tgk pun cite antu momok, nang nak bagai yg nak wat aku rasa takut. Haish. Konflik dalaman btl. Aku mkn pun asyik tersedak dr semalam. Nasib tak mati tercekik. Mkn murtabak je pun. Tak kan mati tercekik plak. Ayat melampau tul aku ni. Haha.

So, bg melegakan hati aku yg entah kena penyakit apa ni, aku baru la nk layan mentor yg nyanyi2 tu td walaupun tak minat sgt. Baru aku tgk 10 minit dah anak buah aku umo 3 taun wat hal nak tgk cd toy story 3 yg abah dia baru beli. Almaklumlah arini kan hari bapa sedunia. Apa kena mngena plak toy story ngan hari bapa. Haha. Pape la. Aku mmg sdg mengalami konflik dlmn. Anak buah aku pn mengalami konflik dlman gak kot sbb dia nangis2 guling2 nak tgk cd. Aku tipu je. dia tak guling2 pun tapi dia nangis dasyat gak la. Entah kena sawan apa ntah budak tu. Sblm ni elok je. Suka2 aku je ckp dia sawan. Ngee. Dh mmg dia nangis dr ptg . apa kena aku pun tak tau. Aku dh la mmg serba tak kena. Yg aku anginnya pastu dia tak tgk pun cd tu tapi tak bg aku nk tgk tv.

Dgn kematangan aku ni, maka aku pun beralah la. Tak kisah pun. Budak je kan. Lgpun aku sdr aku menumpang je umah bapak dia yg merangkap abg aku. Haha. Wat ayat touching plak. Maka aku pun masuk bilik aku dan lalu terciptalah entry ni. Dan ketika aku buat entry ni, anak buah aku yg nangis2 td pun ada menempek sblh aku. Tapi dia dh tak nangisla. Aman dunia.. tapi baru aku menaip.. “mak su.. nak berak” adoila.. sabar je la. Nasibla aku ni penyayang orgnya. haha

Sebenarnya aku nak cite psl perasaan aku yg tak sedap ati dn rsa takut ni je. Tapi intro aku punya la panjang berjela. Konon2 aku tekan2 keybod ni krg la rasa tak sedap hati tu. Kononnya la. Org kata kalau kita luahkan krg skit kan bebanan perasaan yg kita tanggung tu kan. Org la kata. So aku pun bebel2 la kat sini. Aku harap rasa tak sedap hati ni bkn la petanda yg tak elok kan. Slalu kalo rasa mcm ni, nak jd benda yg elok2 je kan kan. (ayat nak sedapkan hati)

Sblm aku merepek panjang2 buat bosan korang nak baca je, baikla aku stop sini dlu.

Daaa

Bawang Merah Si Bawang Putih. Ini Bukan Dongengan


Salam semua. Hope kamu2 semua sihat sejahtera dan aman bahgia hendaknya. Tgk tajuk arini ntah tiba2 aku nak cite psl bawang. Ini bukan kisah dongeng bawang merah bawang putih yg mak tiri jahat tu ye. Dan ini juga bukan iklan shampoo bawang yg ada muka jakie chan tu. Ngeh3. Ni pasal bawang yg ada dlm makanan korang la. Tak kira la ltk dlm kari ke , sayur ke apa ke.

Kali ni aku nak cite psl khasiat bawang. Eceh dah macam pakar pemakanan plak. Ramai gak org tak suka makan bawang ni sbb bau busuk. Dulu aku penah dgr org kata “makanlah bawang merah, nnt ketiak ko busuk” betul ke tak aku pun tak tau sbb tak kan la nk cium plak kan. Hua hua hua. Busuk2 pun deodoran kan belambak jual. Siap ada efek blh cerahkan lg. Pilih je rexona ke garnier ke nivea ke. Eh aku dh stat merapu. Stop3.. balik pd cite bawang merah td, busuk2 pun bnyk khasiat tau. Antara khasiatnya:

1)Bawang merah umpama pembersih yg akan mencuci sistem pencernaan dan perut. Sbb tu ada petua kalau berhari2 tak gi tandas tu blh try hancurkan bawang merah campur madu. Kemudian campurkan air skit dan minum.
2)Bawang merah dapat mengubati penyakit yg berkaitan sistem penghadaman spt masuk angin, sembelit dan masalah cacing. Petua kalau perut masuk angin plak, blh cuba perah bawang merah sehingga dapat jusnya dan campurkan bersama halba. Rebus dan campurkan dgn madu, kemudian diminum.
3)Memperbaiki sistem peredaran darah dan mengelakkan radang limpa dan tekanan darah.
4)Juga baik utk sistem pernafasan.
5)Bawang merah baik utk mengubati bisul atau luka bernanah serta rambut gugur.Sapukan bawang merah pd jari kaki atau tangan yg membengkak. Petua ni dipercayai boleh mengurangkn bengkak.
6)Mengamalkan bawang merah akn meningkatkan keupayaan otak.Maka ia baik utk menghindarkan penyakit nyanyuk. Apalagi makanlah bawang merah kalau dh ada sindrom2 pelupa.. ngeee
7)Kandungan sulfur dlm bawang merah berupaya membantu kulit utk kekal muda dan mengurangkan maslah kedutan. Awet muda mkn bawang ni ek.. baru ku tahu..

Walaupun pedih mata bila nak potong bawang merah ni, banyak khasiat rupanya. Skang kita tgk kebaikan bawang putih plak. Antaranya:

1)Bawang putih mengawal kadar gula dlm darah. Gula kalau terlebih dlm darah blh mengakibatkn kencing manis. Bahaya tu.
2)Bawang putih dpt mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan penyakit jantung. Ini kerana bawang putih berupaya menghasilkan lipoprotein yg baik spt HDL dalam darah dan menyekat aktiviti pengumpulan darah.
3)Pati bawang putih dikatakan antara penawar terbaik utk mengubati barah. Ini kerana ia dpt menyekat pertumbuhan sel darah pd bhgn hati, buah pinggang, kulit, perut, dan serviks.

Kedua-dua bawang ni mmg mempunyai khasiatnya yg tersendiri. Tapi jgn lebih2 ye tuan2 dan puan2 sekalian. Dikatakan, pengambilan bwang putih kena ada hadnya. Jika diambil berlebihan, blh menyebabkan kemudaratan seperti maslah hilang berat badan, merencatkan pertumbuhan, anemia, muntah2 dan penghasilan mukosa pencernaan yg berlebihan.

Bawang merah pula dikatakan boleh menyebabkan migraine dan pening kepala kerana sifatnya yg teralu berpelembap. Namun masalah blh diselesaikan dgn cara memasak bawang merah tersebut.

Sekian dari nana utk kali ni. Hope artikel ni dpt memberi manfaat kepada semua. Lps ni kalau ada yg tak suka mkn bawang dan suka tinggl tepi je bawang dlm makanan, blaja2 la mkn ye. Bnyk khasiatnya utk badan kita. Rugi kalau tak makan..

Yang Ku Mahu!!!

Kebosanan melanda. Entah apa mau buat. Entry kali ni sedikit bosan dan sedikit merepek tapi aku nak post gak. So dh mmg lumrah aku yg kuat berangan ni, aku nak update sikit tntg apa yg aku slalu berangankan. Kira aku mcm buat wish list la ni tentang apa yg aku suka dan idam2kan selama ni. Mana tau kot2 ada secret admire yg nak hadiahkan kat aku.. agagaga ..Gila perasan aku. Dan dgn penuh rasa kebosanan, aku tlh berjaya merajinkan diri aku mengedit gmbr2 yg diangankan. Ni first time aku buat bnda yg krg berfaedah ni.. ngeee. Check it out.



1.Beg yg ku impikan.Entah bila aku mampu beli yg ori.Harga pun beribu.Uhuk.Yg ciplak leh la.
2.Yg digemari oleh wanita2 termasuk aku.Walaupun aku dh cukup tinggi tapi suka jgk pakai bnda ni.Dah berlambak pun nk tambah lg.Oh perempuan!!!
3.Lappy oh lappy.Dlm keadaan aku yg menganggur ni tak dpt la aku nak tukar lappy
baru.Yg lama ni dh bagai retak menanti belah.Ecece.Ntah betul ke tak peribahasa tu.
4.Dreamland.Aku sgt suka laut,pantai,sungai dan seumpama dgnnya.Terasa damai di hati.
Oh rasa mau ke Bali..Ada sesiapa mahu sponsor???
5.Harum mewangi.Nak yg mahal je.One drop tak main la.Tapi pakai jgk.heee
6.Mekap oh mekap.Ni brand channel.Tak pernah try lg sbb harga dia mak ai..Tepek2 pun
muka aku cmtu gak. ngeee
7.Fossil.Aku mmg suka jam brand ni. Design dia cun2 tapi jam aku pakai takat beli kat
pasar mlm je.Ngaaa.Dh keje aritu bru pakai yg mahal skit.Tak la mahal mana pun.
8.Istana impian. Konon2nya nak beli rumah sndri mcm ni.Pastu nak wat home deco sndri.Cita2 dulu nk jd arkitek tapi entah mcm mna tiba2 terjadi akauntan.Sbb tgn keras nak lukis plan kot.(alasan je tu)Las2 bermainla dgn nombor smpai sakit otak.


And lastly seperti gmbr diatas ni adlh salah satu impian aku.. ngaaa. Gedik plak. Siapa yg tak nak kawen kan walaupun tak de calon lg skang. Aku bkn desperate ok. haha. Cuma keinginan tu ada la jgk especially bg aku yg sdg meningkat usia ni. Bkn tua ok. Matang. Matang ke aku. Perangai mcm kanak2 riang je lg ni. Whateva.

Mesti korg ingat aku ni materealistik, brandedstik(ntah wujud ke tak perkataan tu), dan shopaholistik. Aku mmg suka shoping tapi tak la shoping semua yg branded je. Yg atas tu keinginan je tapi kena tgk kemampuan la kan. Kalau tak mampu tgk pun jadi la kan mcm aku buat ni.. ngeh3

Sampai sini dulu entry aku kali ni.. Daaa

p/s: maafla gmbr ats tu kcik skit. tak blh nak bsrkan. tak blh ke aku yg tak reti.. ngaaa

Oh..Tolonglah.Saya Mahu Kerja!!!!!!!


Tgk tajuk mcm desperate sgt je kan. Apa2 la. Mmg desperate nak keje pun. Masuk hari ni dah 44 hari aku secara rasminya jd penganggur lepas benti keje dulu. Dah mcm org cuti bersalin plak. Alkisahnya boringla jugak tak keje ni. Sekarang pun tgh mencari-cari keje yg sesuai. Terkapai-kapai lagi ni. Dulu elok2 aku keje gatal nk benti. Konon keje tu tak standat. Haha. Aku bkn memilih cuma ye la keje dulu tu tahap kerani la. Kalau tahap SPM pun blh keje dh. Rugi la aku masuk U keje tu je kan. Saya bkn belagak ye tuan2 dan puan2 sekalian tapi cuma krg puas hati la. Pglmn krg sikit la sbb hari2 aku buat kerja yg sama. Update akaun sikit, potostat, taip surat dan seumpama dgnnya la. Gaji pun tak seberapa. Mana nak tanggung hidup lg, nk byr PTPTN lg (walaupun aku sbnrnya takde hutang pun dgn PTPTN. hehe), nk shoping lg kan wlaupun tu bkn yg wajib pun. Tapi maklumlah nama pun prempuan kan fhm2 je la. Dari rambut smpai ujung kaki nak jga. Kalau tak nanti tak laku plak kan. hua hua hua. Aku merepek je ok. Berbalik psl keje td, aku keje situ ada la setahun lbh sbgai kerani akaun. Lps tu aku resign pastu lari dok ngan abg aku. Kira skang ni aku menumpang dia la sblm dpt keje tetap. Susah hati gak idup menumpang ni walaupun dia tak penah bising2 pun. Ye la tak bising sbb aku lbh kurang merangkap bibik kan. Aaaa. Tolonglah cpt dpt keje.



Sblm ni penah gak aku gi intebiu. Ada la 2,3, 4 kali kot. Tapi tak melekat2 lg. Tak de rezeki lg kot. Tapi kdg2 leceh je nk pegi intebiu. Yg aku plg boring bila dia tanya kenapa awk nak keje dgn sykt kami. Adoila. Nak je aku jawab sbb kat sykt encik ada iklan jwtn kosong, lps tu saya ada degree yg encik nak, result sy mmg la tak 4 flat tp blh la dipertimbangkan, sy ada pengalaman setaun jagung, sy nak buat keje, sy tak nak melepak kat umah smbil berbloging 24 jam dan yg plg penting sy nak duit masuk tiap2 bln dgn hasil kerja sy tu supaya sy boleh shoping moping dan simpan duit utk kawen. Ngeee. Kalau aku jawab mcm tu awal2 interviewer tu dh halau aku keluar walaupun jawapan aku tu logik kan. Soalan tu simple je tapi nak jwb tu tergagap2 gak kan kalau tak prepare.

Ada lg 1 pengalamn aku intebiu yg aku ingt smpai skang. Aku dipnggil intebiu utk post akaun executive. So aku pun pegi la. Alih aku smpai sana org tu ckp keje aku kena kutip payment dr client. Kira mcm debt collector la. Keje tu lgsg tak de kene mngena dgn akaun spt yg digambarkan dlm iklan. Gaji pulak base on hutang yg aku collect tu.. ngaaa.. dh mcm ah long je. Last2 aku sndri yg tolak keje tu. Lagi sekali aku bukan memilih tapi aku terpaksa tolak. Siyes. Org hutang dgn aku pun aku tak reti nak mintak blk inikan aku nak pegi kutip hutang syarikat. Alamat tak bergaji la aku nnt. Memacam hal dunia kerja ni. Graduan dulu senang je.kluar2 U terus dpt keje. Skang ni yg masuk U kan bersepah. So kena usaha kuat sikit la. Apa2 pun aku kena usaha la. Tak leh membebel mcm ni je. Aku bkn membebel cuma meluahkan rasa. Mana tau kot2 ada readers yg senasib dgn aku kan. Ngeee. Ok la nk gi intai2 job kat jobstreet jap.. Daaa

Pelan-pelan Saja

Sejak dua menjak ni aku mcm dh addicted plak kat lagu nyanyian kotak ni. aku bkn tak sokong lagu tempatan tapi suka gak dgr lagu dr seberang ni..aku punya la suka lagu ni sampai kat blog pun ltk lagu ni. layann....

ku tahu kamu pasti rasa
apa yang ku rasa
ku tahu cepat atau lambat
kamu kan mengerti

hati bila dipaksakan
pasti takkan baik
pantasnya kamu mencintai
yang juga cintai dirimu
cuma kamu


lepaskanlah ikatanmu dengan aku
biar kamu senang
bila berat melupakan aku
pelan-pelan saja

tak ada niat menyakiti
inilah hatiku
pantasnya kamu mencintai
yang juga cintai dirimu
cuma kamu

pelan-pelan saja

Cinta dan Airmata

“awak sayang saya tak?” tanya si gadis. Maka si jejaka menjawab, “mestilah sayang” lalu si gadis bertanya lagi “siapa saya dalam hidup awak?” si jejaka menjawab, “awak segala-galanya dalam hidup saya”. Maka berbunga-bungalah hati gadis dgn harapan si jejaka benar2 tulus menyintainya.

Namun tak semua cinta berakhir dgn kegembiraan. Ada juga yang berakhir dgn perpisahan dan air mata. Utk post kali ni aku nak cerita pasal cinta. Cinta dan air mata. Aku pasti korang semua mesti penah bercinta kan. Ada suka duka. Aku bukanlah nak disclose kisah cinta aku kat sini cuma nak share sikit la tntg aku. Aku kadang2 rasa dh putus asa dgn cintan cintun ni. Letih dah rasa nak bermain dgn perasaan. (actually aku bru putus cinta. haha) kadang2 bila aku betul2 beria2 sayang, terkandas tgh jalan plak. Mcm ni kisahnya, ada la sorang mamat ni aku suka. Dia simple je, bukanlah jejaka paling kacak abad ni pun tapi entahla kenapa hati aku ni terpaut, terjatuh dan terlekat kat dia. Lama2 kawan jd sayang. So dh suka sama suka ktorg pun kapel. Mula2 tu mmg aku hepy. Aku rasa aku la yg paling bahagia masa tu. Adat la kan kalau bercinta kita rasa kita je bahagia. (tu akulah korang tak tau plak kan) tapi dah lama2 dia derk je dgn aku. Aku pun tak tau kat mana salah dan silapnya. Lama2 cinta ktorg berkubur mcm tu je. Maka hancurlah jiwa raga bakul aku ni.

Berbulan2 aku mencari kekuatan utk lupakan semuanya. Sampai hari ni pun aku still ingat kat dia dan harap keajaiban berlaku walau aku tau dia tak kan balik kat aku. Tapi bila pikir2 balik tak berbaloi kan aku nak sedih hanya sebab org yg tak tau hargai kita. So aku redha je la dan teruskan hidup ini tanpa dia. Aku skarang pun dh back to normal tapi yg buat aku sakit ni bila aku pegi mana2, jumpa kawan lama ke jumpa sedara mara, pakcik makacik aku ke org sibuk tanya aku “nana, ko bila nak kawin” bosannya la soalan tu. Dah la aku baru frust kan, tanya plak bila nak kawen. Lagi la. Yg lagi sakit telinga ada plak suara2 sumbang yg cakap “ jgn nak memilih sgt. nanti tak laku baru tau” adess.lagi la menambahkan pilu di hati ini. Aku bukan nak memilih cuma aku yg tak terpilih.. haha..ayat tak yakin diri langsung aku ni. Helo aku baru 24 ok. Bknnya 42. Aku senyum je la bila org cakap macam tu.. dalam hati nak je cakap kalau anak ko yg tak laku nnt baru padan muka. Haha. Manusia mmg macam tu agaknya. Bila tak kawen, tanya bila nak kawen. Bila dah kawen, tanya bila plak nak timang anak padahal org tu baru je bape minggu kawen. Bila dah ada anak entah tanya apa plak. Memacam la manusia ni. Opsss lari tajuk plak. Kesimpulannya aku nak advice pd yg bercinta tak kira la laki ke pmpuan ke hargailah pasangan anda. Jgn permainkan perasaan org sbb bila hati kita dimainkan baru kita tau mcm mna peritnya. Tuhan itu maha adil kan. Dah panjang aku membebel ni. So stop sini dulu. Panjang umur, murah rezeki jumpa lagi. Adios..

Ting Tong

Salam semua..

Finally selepas slalu sgt baca blog orang, maka terciptalah blog sendiri. Minat dh lama tapi disebabkan terlalu bnyk komitmen yg perlu diselesaikan(konon2nya la) maka niat utk buat blog ni pun terbantut. Bila dgn rasminya dh sebulan aku jadi pengangur berjaya ni(ada jgk penggangur yg berjaya ek.haha) barulah ada masa nak corat coret kat sini. Saja je suka2 buat blog ni utk mngisi masa lapang smbil aku cari2 kje dan sambil2 meluahkan rasa dan berkongsi cerita..utk first entry ni aku nk cite serba skit la tntg aku. Kalo korang x nak tau pun buat2 ambik tau je la..ngeee

About me..

Nama aku kalau ikut dlm ic nadirah. Tapi jarang sgt org pggil aku dgn nama tu. Slalu org panggil aku nana. Family aku pun mmg pggil aku cmtu sejak aku dilahirkan. Mana dtg nama tu aku pun x tau. time skolah dulu membe2 pggil aku nad. Macam2 la org pggil. Nana la nad la dira la. Apa2 la. Janji jgn pggil yg bkn2 dh la. Umur aku tak penting kot nk bgtau. Aku baru abis study hujung taun lps. So blh agak2 la brapa umur aku. Tentang life aku skarang ni aku skang dok umah je.. abis blaja ada la dh stengah taun kot.. so skang tgh tggu job la. Dulu elok2 keje aku benti. Skang dok la umah smntara tggu job lain. Agak bosan la sbb tu aku ada masa berblog2 ni.. tu je la utk masa ni. Panjang2 nnt bosan lak kan.. tggu entry aku yg seterusnya. Adios.