This is my personal blog yg memuatkan kisah2 tentang saya dan sekeliling saya.If you like what i'm writing, keep reading and do come again.Thanx:)
RSS

Bawang Merah Si Bawang Putih. Ini Bukan Dongengan


Salam semua. Hope kamu2 semua sihat sejahtera dan aman bahgia hendaknya. Tgk tajuk arini ntah tiba2 aku nak cite psl bawang. Ini bukan kisah dongeng bawang merah bawang putih yg mak tiri jahat tu ye. Dan ini juga bukan iklan shampoo bawang yg ada muka jakie chan tu. Ngeh3. Ni pasal bawang yg ada dlm makanan korang la. Tak kira la ltk dlm kari ke , sayur ke apa ke.

Kali ni aku nak cite psl khasiat bawang. Eceh dah macam pakar pemakanan plak. Ramai gak org tak suka makan bawang ni sbb bau busuk. Dulu aku penah dgr org kata “makanlah bawang merah, nnt ketiak ko busuk” betul ke tak aku pun tak tau sbb tak kan la nk cium plak kan. Hua hua hua. Busuk2 pun deodoran kan belambak jual. Siap ada efek blh cerahkan lg. Pilih je rexona ke garnier ke nivea ke. Eh aku dh stat merapu. Stop3.. balik pd cite bawang merah td, busuk2 pun bnyk khasiat tau. Antara khasiatnya:

1)Bawang merah umpama pembersih yg akan mencuci sistem pencernaan dan perut. Sbb tu ada petua kalau berhari2 tak gi tandas tu blh try hancurkan bawang merah campur madu. Kemudian campurkan air skit dan minum.
2)Bawang merah dapat mengubati penyakit yg berkaitan sistem penghadaman spt masuk angin, sembelit dan masalah cacing. Petua kalau perut masuk angin plak, blh cuba perah bawang merah sehingga dapat jusnya dan campurkan bersama halba. Rebus dan campurkan dgn madu, kemudian diminum.
3)Memperbaiki sistem peredaran darah dan mengelakkan radang limpa dan tekanan darah.
4)Juga baik utk sistem pernafasan.
5)Bawang merah baik utk mengubati bisul atau luka bernanah serta rambut gugur.Sapukan bawang merah pd jari kaki atau tangan yg membengkak. Petua ni dipercayai boleh mengurangkn bengkak.
6)Mengamalkan bawang merah akn meningkatkan keupayaan otak.Maka ia baik utk menghindarkan penyakit nyanyuk. Apalagi makanlah bawang merah kalau dh ada sindrom2 pelupa.. ngeee
7)Kandungan sulfur dlm bawang merah berupaya membantu kulit utk kekal muda dan mengurangkan maslah kedutan. Awet muda mkn bawang ni ek.. baru ku tahu..

Walaupun pedih mata bila nak potong bawang merah ni, banyak khasiat rupanya. Skang kita tgk kebaikan bawang putih plak. Antaranya:

1)Bawang putih mengawal kadar gula dlm darah. Gula kalau terlebih dlm darah blh mengakibatkn kencing manis. Bahaya tu.
2)Bawang putih dpt mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan penyakit jantung. Ini kerana bawang putih berupaya menghasilkan lipoprotein yg baik spt HDL dalam darah dan menyekat aktiviti pengumpulan darah.
3)Pati bawang putih dikatakan antara penawar terbaik utk mengubati barah. Ini kerana ia dpt menyekat pertumbuhan sel darah pd bhgn hati, buah pinggang, kulit, perut, dan serviks.

Kedua-dua bawang ni mmg mempunyai khasiatnya yg tersendiri. Tapi jgn lebih2 ye tuan2 dan puan2 sekalian. Dikatakan, pengambilan bwang putih kena ada hadnya. Jika diambil berlebihan, blh menyebabkan kemudaratan seperti maslah hilang berat badan, merencatkan pertumbuhan, anemia, muntah2 dan penghasilan mukosa pencernaan yg berlebihan.

Bawang merah pula dikatakan boleh menyebabkan migraine dan pening kepala kerana sifatnya yg teralu berpelembap. Namun masalah blh diselesaikan dgn cara memasak bawang merah tersebut.

Sekian dari nana utk kali ni. Hope artikel ni dpt memberi manfaat kepada semua. Lps ni kalau ada yg tak suka mkn bawang dan suka tinggl tepi je bawang dlm makanan, blaja2 la mkn ye. Bnyk khasiatnya utk badan kita. Rugi kalau tak makan..

4 comments:

SuKEJunpyo berkata...

Oo...byk btl khasiat bwg ni ye.(^.^)v

Tn belog mkn x bwg, nth2 tinggal kat tepi jugak kot??ngeh3

miss nana berkata...

tn blog smua mkn..tak membazir.sbb tu sihat dn cergas..ngee

Tanpa Nama berkata...

aii sejak bile cik nana ni de blog??? huhuhu...-ur very cute cousin @ nilai..hahaha

miss nana berkata...

cousin:cik nana gigih berblog skang ni. akulah pemblog tegar. hahaha.