This is my personal blog yg memuatkan kisah2 tentang saya dan sekeliling saya.If you like what i'm writing, keep reading and do come again.Thanx:)
RSS

Meningkatkan Keyakinan Diri


Hi semua..apa khabar?moga sihat2la hendaknya..hari ni aku nak cite tntg keyakinan diri.maklumla smnggu dua ni aku bz prepare inteviu yg bertubi2.so aku bnykla baca tntg mcm mana nak tingkatkan keyakinan diri bila berhadapan dgn org.tak dinafikan la aku sndri pun cuak, gelabah dan tak konfiden lgsg bila dgr psl inteviu ni.pdhal yg inteviu tu org jgk kan. Sebenarnya perasaan tu mmg patut ada supaya kita lbh berhati2 dan focus ketika menjawab soalan cuma kena kawal la perasaan tu.Aku tak nak ckp panjang,korang baca la tips2 kat bwh ni. Moga mendapat manfaat~~

1.Imbas kembali pencapaian lalu
-senang je step ni kan. Korang cuba tenangkan fikiran. Releks. Dan cuba ingt balik kejayaan yg korang pernah capai. Seumur hidup tak kan tak ada lgsung kan. Mesti ada punya. Kalau dulu boleh, kenapa sekarang tak boleh kan..

2.Berhenti berfikir negatif tentang diri sendiri
-ni mmg perangai aku la.aku pun selalu rasa diri aku ni mmg bnyk kelemahan je nak dibandingkan dgn org lain.mcm mana nak yakin kan,kalau asyik kutuk diri sendiri je.so kena start fikirkan yg positif tntg diri sndri.

3.Eye contact
-selalu la dgr ayat ni kan. bila kita bercakap dgn org, tak kira la siapa pandangla ke dlm mata org tu. jgn tgk bawah, kiri, kanan. nampak sgt tak konfiden kan. tapi jgn la korang tenung plak biji mata org tu. agak2la

4.Berkomunikasi dgn jelas
-bila kita berhadapan dgn org, cakapla dgn jelas dan dgn nada yg normal. Tak perlu cakap dgn kuat tapi cukuplah jelas dan didengari. Elakkan cakap syok sendiri. konfem2 pihak lg satu tu boring. dan kalau dia dah boring, faham2 je la maksudnya kan.

5.Buat keputusan sendiri
-jangan tanya org lain tentang apa yg perlu korang lakukan. cuba fikir sendiri apa yg terbaik dan apa yg diperlukan. ini secara tak langsung dpt meningkatkan keyakinan diri. kenapa perlu tanya org lain tentang hidup kita.. tapi kalau sekadar tanya pendapat ok la. tapi keputusan still kena buat sendiri.

6.Jaga Penampilan
-sentiasa berpakaian kemas dan jaga penampilan diri. macam mana nak yakin kalau pakaian pun tak terurus kan. kuku panjang, rambut serabai. jadi, adalah penting utk jaga penampilan diri.

7.Nikmati kehidupan
-jgn fikirkan sesuatu perkara terlalu serius dan jgn risau apa yg org lain fikir tntg kita. tiada siapa yg sempurnadi dunia ini.sebaliknya nikmati kehidupan dan lakukan apa yg kita mahukan.

Itula serba sedikit tips yg aku baca. aku terjemahkan dlm bahasa aku sendiri utk mudah difahami.banyak lg tapi aku share yg ni dulu la. moga mendapat manfaat dan lebih yakin lps ni~~

sumber:ehow.com

4 comments:

Lindonut berkata...

i love this post! keyakinan diri is very important! :D

Siti berkata...

wah,bagus nih..nanti kalo siti kene gi interbiu,blh la diprektikkan ek? :)

Khairul Azmi berkata...

haha...klaka gambar kucen tu..
haha...

miss nana berkata...

lin:thanx..be confident:)
siti:blh2..sila praktikkn slalu:)
azmi:ada makna gmbr tu;)